13 December 2011

sering ditipu bulat-bulat tapi bukan bersegi yer

~assalammualaikum~

apa khabar kepada pembaca semua..harap semua tu sihat-sihat je la eh..harini ak ada beberapa perkara yang tak dapat aku elakkan berkenaan dengan tajuk post/video..aku tak lah sesempurna untuk menulis post yang menarik perhatian..kadang-kadang penulisan aku pon ada jugak yang seperti mana dibawah ini..penulisan aku pon banyak jugak yang kadang-kadang ayat tunggang terbalik..ayat tergantung..tapi aku cuba buat yang terbaik.



memandangkan ak nie sering ja ditipu...aku sebagai seorang pembaca teringin nak mengeluarkan ketidakpuasan hati ak nie..aku bukannya nak membuat kesimpulan dari penulisan orang lain tapi aku geram sebab isinya tak sehangat tajuk post..memang la untuk menarik perhatian pembaca tapi fikir-fikirkan la perasaan orang lain..tak semua pembaca boleh terima setiap apa yang dibaca..kadang-kadang tajuk nampak menarik..tapi bila baca sampai ending dah cakap "ak saja nak tipu korang".."maaf yer"..hmm mungkin mereka menganggap itu untuk membuat gurauan sahaja..tapi ingat yer tak semua pembaca boleh terima..

satu lagi berkenaan dengan video/gambar..mintak pembaca perhatikan betul-betul video/gambar..suruh kuatkan volume speaker lepas tu pembaca pon lihat la betul-betul..lepas tu tiba-tiba ja hantu yang gila tu keluar...wah-wah seronok yer korang pekena orang lain.



semua ni aku tak tujukan kepada sesiapa...sebagai pembaca aku nak jugak penulisan yang baik untuk difahami dan dihayati..cuba korang bayangkan blogger masuk blog korang untuk membaca setiap post korang..tiba-tiba isi post korang pulak dah menyakitkan hati orang lain.lepastu blogger nak baca post yang lain pon dah rasa tak nak sebab isinya tak da kesudahan..lepas tu nak mengusik orang pulak tu..dahla aku ni sering melawat blog korang pada waktu malam yang sunyi..dengan tak boleh tidur..tau-tau korang lak menakutkan lagi..sampai kesiangan la tak tidur jawabnya..

hm dah la..aku pon tak tau sangat nak buat ayat panjang-panjang nie..sikit-sikit boleh la..nak buat yang terbaik memang la susah..tapi kalau berusaha mungkin boleh..hehe...ak harap korang xmacam yang aku cakapkan tadi yer..

ak harap lepas ni aku pon dapat buat semua nie..

isi yang sehangat tajuk
kemas dan padat
info-info yang menarik
memberi pengajaran kepada orang lain
memberi teladan yang baik
memberi maklumat
tidak membosankan
dan banyak lagi...



ok..terima kasih sudi membaca

30 November 2011

keseorangan la

~assalammualaikum~

hye semua..baik-baik ja kan..

harini bangun-bangun dah kena tinggal sorang-sorang..semua pergi keje la...akak sume g keje...anak sdare dah kene tinggal dekat umah pengasuh...tinggal  la maksu keseorngan di rumah..xpela..xtw nak ckp pa pe dah....nanti jumpa lagi..hehe

16 November 2011

kedinginan pagi

~assalamualaikum~.....

selamat pagi pembaca semua..hari ni awal-awal aku dah update blog neyh..dh lama rasanya tak update blog..sibuk sikit lah sem nie...dah hmpir banyak bulan kan aku menyibukkan diri..ni aku sempat pun oleh disebabkan TERminum air KOPI yang TERpinjamkan dari kawan aku..susah betul nak tido pagi neyh..tapi xpelah nati aku update lagi selalu yer..nak sambung study..jap g da final test...

tataaaaa...hehe..

28 August 2011

selamat hari raya aidilfitri...

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛° * .@*。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. * . *. *.*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.° *.* . ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
Selamat Hari raya ~ memandu dengan selamat pulang ke kampung....maaf zahir & batin kepada kawan-kawanku...aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki na.....kalau aku dah terkasar bahasa n slah n silap tu harap dimaafkan....ikhls dari Cek's Zaitun Othman...











perasaan resah gelisah

~assalamualaikum~

selamat malam semua....setelah lama menghilang ni baru aku kembali kemaskan blog neyh..kesian-kesian..dah bersawang dah nie..tinggal hantu ja nak masuk..hehe..

sekarang nie mesti ramai yang dok kemas-kemas rumah kan..buat kueh raya n mcam-macam la..raya-pun raya jugak..puasa jangan nak tinggal..harini kita dah puasa 28 hari kan.. betul..ka tak eh...hehe..cakap2 tau2 slh lak..hihi..

dalam keseronokkan neyh..aku pulak teringatkan arwah atok ak (Fatimah Hj Yaakob)rindu atok...raya tahun lepas dah la tak beraya sekali..sebab tahun lepas giliran kampung mak aku..so bila dah kat perlis..atok pulak tak da....sedih...nak makan ketupat atok wat..atok ja pandai wat....gulai ayam...hmmm...meyelerakan la..

hmm...sekarang ni cik nin(pak  cik) aku tengah sakit tenat kat hospital..dia ni ayah kepada sepupu aku....risau la kalau terjadi apa-apa kat ayah dia..harap-harap tak da apa-apa la..ayah dia kemalangan semalam.kereta dengan kereta..sekarang tak sedar-sedar lagi..sama-sama doakan cik nin aku neyh sembuh eh..kepada family dia..harap bersabar eh...

22 July 2011

wujud tak wujud

~assalamualaikum~

selamat petang.....sebelum tu maaf yer semua sebab tak sempat nak ceriakan kembali blog.. sekarang ni ada masalah yang tak dapat diselesaikan lagi..macam-macam masalah.sekarang pon masih dalam ingatan..cuma ada sedikit rasa kekesalan dengan sikap seseorang..tapi mungkin dengan kesabaran n sokongan dari family semua masalah dapat diatasi dengan lebih baik....

terima kasih mak n abah sebab nak bawak eton pergi bercuti esok..terima kasih sebab bagi sokongan dan pendapat yang baik untuk eton.sayang mak n abah..n kakak-kakak jugaaaaa..hihi..

~terima kasih semua~

KESABARAN dan BERDOA adalah yang terbaik..

*mood:sedih :(*

27 June 2011

dikala dia tak suka dekati aku

~assalamualaikum~

wahhh..anak saudara aku balik kampung minggu nie..tapi yang sedihnya dia tak nak kat aku pulak..ni ja peluang aku nak main dengan dia...lepas nie tak tau pulak bila..asal aku nak amek dia ja mesti dia menangis..aku nie pelik ka?aku ni macam raksasa ka?wah2..kalau macam tu aku pon takut..tapi yang pastinya aku akan selalu mengusik dia.hahaha..dah tak nak sangat kan..hihihi..ni fakta sebab apa bayi mudah takut dengan sesuatu



"bayi akan menangis apabila dipegang oleh orang yang tidak dikenalinya..situasi ini menunjukkan bayi mempunyai perasaan takut dalam dirinya dan merasakan tidak selamat apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya atau berketerampilan pelik"



maknanya aku nie berketerampilan pelik lah..hehehe

aku nie suka sangat membaca..bila mak n kakak aku beli buku majalah..mesti aku yang baca dulu..majalah wanita, perempuan, anis, dara, remaja, pa & ma dan banyak lagi la..aku pon tak tau napa aku tertarik dengan buku-buku keluarga neyh..kalau buku pa & ma tu lagi aku suka..ada baby comel2..ada tips banyak sangat...dari awal kehamilan sampi la bayi dah besar..wahh...aku pulak yang tau lebih dari kakak-kakak aku kan..hihi...aku nie dahla tak kawen lagi pon..tapi bagus jugak..aku tau jugak sikit-sikit..nanti ada bby sendiri senang la nak jaga..hehe (berangan)..

entry ringkas : siap 73%

~assalamualaikum~

selamat malam semua..panas betul mlm nie..agknya nak hujan kot..tapi aku suka sangat neyh..laporan aku dah nak hampir siap..dah 73 % dah..tggl 27% ja lgi,...huhu...lepas ni hoooray la..goyang kaki ja..hihi...sambil-sambil tu meh kita membaca meh..penulisan2u kat sini macam-macam cerita ada..


isilah masa lapang anda dengan membaca..ok..

25 June 2011

sunyi tanpa mereka

~assalamulaikum~


huh..penat letih..perasaan berkecamuk.."perasaan mengatakan lebih baik tidur dari wat kerja..ish..hoi apa statement hg nie.agk2 la..wt kerja bg hbis dulu ok..lepas tu lantak hg la nak wat apa pon"..hurm yela..ok2..
berbalik pada tajuk nun diatas sana na..

korang tau tak mereka tu sapa?ha..nak taw kan3...

klik kat bawah nie ok..


1. honey



4. nolem

diorang tu la..suka cakap n cakap, makan n makan.kalau boleh nak cakap ja..sampaikan lam tido pon leh cakap lagi..hehe..tu baru ja dalam tido..cakap dalam almari pon ada..hurm xtaw la..hehe....makanan kalau ada cepat ja habeh..tmbh pulak ada roti + planta + kaya + milo = mesti laju punya makan..huhu..suka...makan ramai-ramai..baru sedap..yang sorang lagi tu belanja la lagi na..

sekarang tengah cuti sem..mereka semua nie tengah kalut wat laporan..begitulah dengan aku..diorang mungkin dah habis aku ja yang tak lagi nie..aduh..cepat wat..bagi hbis..nanti senang boleh pi jalan-jalan jauh lagi...huhu...

sebulan sekali tak boleh ka?

~assalamualaikum~

ha...post yang agak sedap kali ni yerk..hurm..aku asa pelik dan tak faham la..
kenapa sesetengah orang kalau terjumpa orang yang beli barang dalam kuantiti yang byak ja..mesti diorang akan gosip-gosip kan sesama sendiri..



aku nak tanya korang ..salah ka membeli dalam kuantiti yang banyak..contohnya kalau beli barang dapur sebulan sekali bukan seminggu sekali.bukan barang basah la...



tapi tu pon akan terlebih jugak guna..dlm sebulan akan ada lebih jugak la..orang-orang yang macam nie nak pergi membeli belah bukannya senang..
nak kena tunggu cuti..baru la senang nak g..kalau yang tak bekerja senang lah..tapi bila tak kerja duit pon tak da kan...tak boleh beli jugak..



apa yang aku dapat lihat dari mata hati aku kan ..aku selalu terdengar rungutan orang disekeliling mengenai beli brang banyak...kenapa yea?

kadang-kadang tu kita suka susu tin bila wat air..mesti nk kena bli dalam 3, 4 tin gtu kan..nak beli sabun basuh,beras dan banyak lagi lah..

tambahan pulak mempunyai ahli keluarga yang ramai.mesti barang-barang tu cepat habis kan..kalau beli pon mesti sekali dua makan ja.
aku ni bukan apa..rasa macam tak sedap la bila kita membeli..tapi orang lain dok lihat-lihat sambil mengomel..apa yang menyebabkan diorang jadi macam nie?
sungguh aku tak faham..kalau mereka memahami kan bagus..hurm..

apa-apa pon kita haruslah pandai2 berjaga, pndai2 berjimat..ingat! jangan sesekali berhutang dan belilah mengikut keperluan.jangan membazir...bukannya ikut nafsu serakah ja..kalau ada yang berhutang tu cepat-cepat la ye membayar..takut bila terjadi apa-apa kat kita sapa lagi yang nak membayarnya?.jangan dah terhantuk baru nk tergadah cukup la.hurm..bak kata pepatah lain..berani wat.berani tanggung..lebih kurang la..hihi

kepada kawan-kawanku..kalau aku da terpinjam apa-apa, terhutang wang, terhutang kasih, dan terhutang budi...gtaw na..huhu..akan segera aku membayarnya..

24 June 2011

birth mark

~assalamualaikum~

Hampir semua orang mempunyai tanda lahir atau birthmark. cuma jenis dan bentuk saja yang berbeza-beza. Tanda lahir yang besar di kawasan muka sebanyak sedikit mencacatkan kecantikan semulajadi seseorang itu. Ini selalunya menyebabkan seseorang itu berasa malu dan rasa rendah diri, terutama sekali pada zaman kanak-kanak di mana mereka selalu diejek oleh kawan-kawan sebaya. Lebih menyedihkan lagi kalau gelaran-gelaran berkaitan yang kurang enak didengar melekat sehingga ke tua.
Pernahkah anda terfikir bagaimana tanda lahir ini terjadi? adakah ia (ciri) warisan dari satu generasi ke generasi yang lain?

Birthmarks

"As might be expected, this type of abnormal skin coloration will appear at birth or in just a few weeks following birth. It’s important to remember that most birthmarks are non-cancerous, though a doctor should examine your child if he or she is born with abnormally colored skin or develops birthmarks shortly after birth".

What Is a Birthmark?

A birthmark is a colored mark on or under the skin that’s present at birth or develops shortly after birth.Some birthmarks fade with time; others become more pronounced. Birthmarks may be caused by extra pigment in the skin or by blood vessels that do not grow normally. Most birthmarks are painless and harmless. In rare cases, they can cause complications or are associated with other conditions. All birthmarks should be checked by a doctor.


aku pon ada jugak tanda lahir nie..tapi tu pon kalau korang perasan la..ada kat pipi aku sebelah kanan..disebabkan aku mempunyai anugerah nie..aku merasakan aku tak yakin bergaul dengan orang ramai..aku malu..kadang-kadang mungkin dengan adanya tanda lahir nie yang mnyebabkan orang lainpandang hina kat aku..memulau kan aku..kalau tak terang-terangan..mungkin jauh dari aku..kepada yang cantik..bersyukur la pada apa yang ada..


sebelum ke kelas semester 3

kita tak meminta dan bukan kita yang tentukan..anugerah tuhan kepada yang bernasib baik..aku bersyukur apa yang aku ada..

aku suka ayat neyh..!

~assalamualaikum~

bila sekali ja aku tengok terus aku suka, tu belum baca lagi..tapi bila dah baca jadi macam nie lah..


"Jangan ditepuk susu di dulang, Anak harimau tak dapat menyusu; Janganlah pecah rahsia hulubalang, Nanti rimau hilang kuku. Jangan tepuk darah di dulang, Anak harimau mencari ibu; Jangan pecah mantera hulubalang, Nanti harimau hilang asu. Jikalau ada dulang di tangan, Jangan biar jatuh terhempas; Jikalau ada senjata di tangan, Jangan biar orang rampas. Pecah Gayong di dalam dulang, Dulang hanyut lautan tujuh; Pecah Gayong perpecahan Sayang, Di satu masa kembali berteguh".

aku amek ayat nie kat sini muhammad nasiruddin kat profile dia..hoho..maaf yea...suka sangat..tak tau la napa..ok itu ja...

13 June 2011

keletihan melanda diriku

~assalamualaikum~

malam semua..penat dan letih sangat harini..2 hari lepas gi jalan-jalan..balik nie nak kena study lak..dah nak dekat exam nie..tapi masih sempat jalan-jalan kan..hampir 7 jam pejalanan ke sana..dalam kereta lak tu..sampai sana pi jalan-jalan lagi..sampaikan tidur pon tak sempat..tapi bila balik nie nak kena jumpa pulak la kertas-kertas yang sangat berharga tu..mesti korang tak faham kan..sebenarnya aku pon tak faham..al-maklumlahlah terlalu letih untuk mengupdate belog nie..oleh kerana tak nak dia bersawang..baik buat sesuatu..supaya dia sihat dan segar balik..hahaha....xpala nanti aku bowh entry yang pi jln2 kat lain entry punya..ni aku nak study dulu..ok na..

taraaa..

07 June 2011

Ben Ashaari ajak tukar link


wah...ada lagi la pertukaran link..semalam tak sempat..harini nak join jugak..!
kepada semua rajin-rajin la singgah sini yek..!
selain dapat berkenal-kenal antara satu sama lain..dapat la kita menambah ilmu sama...
hehe..
kepada yang tak join lagi tu..
bersama kita menjayakannya..

03 June 2011

" Firdaus : Seminggu 100 Follower "


aku nak join lagi...segmen n segmen...selingan aku dari nak wat laporan la nie kiranya...hehe..

korang nak join jugak klik sini na..

tak da tarikh tutup taw..bila-bila pon boleh..

bersama kita menjayakannya..

aku tak reti membuatkan aku kena "translate kan"!

petang-petang yang tak buat apa nie..baik aku mencari info-info untuk dikarang dalam buku laporan aku neyh..nak karang nie bukan senang..nak kena masuk google translate dulu..baru boleh nak karang pon..haha..dah la dalam english...nak bm kan balik pon kena taip satu-satu..laman web nie tak boleh nak copy paste la yang penuh tu..susah-susah..tapi bagus jugak..tak lah aku copy ja terus..nie ada jugak daya usaha taip satu-satu..hehe..



aduh naik kebas habeh tangan-tangan aku neyh..dok taip ja dari tadi..tu la kan akibat dari buat last minit...apa pon tak dapat...lenguh, kebas ja ada...kalau wat dari awal-awal tak lah aku nak kalut macam nie...kan...kan..kan..teruk betul..

tapi pa-pa pon aku harap aku dapat siap sebelum bulan 7 nie..kalau tak naya aku dibuatnya..tak pala...aku nak pi sambung buat balik..nanti aku mai lagi na..huhu..

ok daaa

Blogger hijau, mai singgah sat noo



Saya suka blog pak cik ben kerana blog ini mempunyai entry/post yang menarik untuk dibaca..

dan aku suka blog aku ni jugak kerana blog aku adalah tempat permainan bagiku..

lagi satu aku nie memang suka membaca..huhu..

tapi yang paling penting aku dalam linkungan yang pak cik ben nak tu..18 hingga 25...

ok dah buat semua pon..undi pon dah..

02 June 2011

"Dayana nak tau impian saya!"

~assalamualaikum~




malam ni aku telah diajak menjoinkan diri untuk menyertai segmen dari Dayana AZ ..segmen ni mengenai impian kita ja..mudah kan?semudah abc...huhu..ni aku nak cita sikit impian aku yang tak tahu pucuk pangkalnya..jangan korang gelak pulak..

"Kalaulah aku bijak dahulu , dah lama aku dah senang kan"..hehe..tak adalah..bukan yang nie..impian nie dah lama berlalu..sekarang nak kena fikirkan impian yang kehadapan pulak..tak nak toleh belakang lagi ok..yang sudah tu sudah la..ok...serius-serius..

1. "Kalaulah aku boleh besar sikit, dah lama aku akan usahakan.."ni impian pertama aku...impian jangka pendek aku.."

2. "Kalaulah aku boleh jadi yang terbaik dari yang terbaik, dah lama aku akan tolong orang lain pulak untuk jadi yang terbaik"

3. "Kalaulah aku ada duit banyak, dah lama aku akan bawa family aku pi Umrah & Makkah"

4. "Kalaulah aku ada kereta sendiri, dah lama aku akan bawak kawan-kawan aku pi jalan-jalan...

5. "kalau la satu hari nanti aku dapat buka sebuah rumah perlindungan kanak-kanak n wanita, dah lama aku akan menjaga kebajikan mereka tu betul-betul..tapi tu pon dengan izin Allah la.."

hurm cukup la kot..nanti tak larat pulak nak tengok..tapi maaf yer dayana sebab banyak sangat impian yang ada nie..kalu boleh nak listkan ja semua..tapi tak cukup kertas lak..

hehehe..ok itu ja..tapi pa-pa pon aku nak tau jugak impian kawan-kawan aku yang lain ni jugak..



ok dah siap..

31 May 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

~assalamualaikum~


harini aku nak menjoinkan diri untuk mendapatkan hadiah giveaway yang disponsor oleh diorang ni..boleh kan3.....?







Wowww banyak hadiah tu! Jom join sekarang!!!

korang pon nak join?meh-meh ..tapi korang kena penuhkan syarat-syarat yang diorang tetapkan dulu tau..

ni link

tekan ini

harap-harap aku tak ada buat salah..huhu..klu tak nanti kena reject pulak..

ok..
tadaaa

30 May 2011

Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru !

~assalamualaikum~

kali nie nak join Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru ! pulak..huhu...kat baawah nie aku dah penuhkan syarat-syaratnya..

kalau nak join...tekan gambar di bawah ini


tentang diri ini

seorang yang tengah mencari ketenangan..ketenangan untuk melupakan segala masalah yang ada..seorang yang harus berani untuk berada di tempat yang benar. memperbaiki kekurangan untuk menjadi yang lebih baik..

tujuan nak join



  • sebab hati terdetik nak join.



  • nak kenalkan diri dengan orang lain




  • sebab nak kongsi ilmu yang ada



  • nak tolong diorang nie jugak:




    ok...siap...

    caya tak semua orang ada masalah?

    ~assalamualaikum~

    selamat petang...ayat sama ja kan setiap kali aku Ber Update blog..haha..kali nie aku nak cita sikit dengan masalah-masalah yang terjadi dekat semua orang..bila orang tanya kita da masalah ke tak..mestilah kita akan jawab tak da masalah kan..kan..kan..tambahan pulak kalau mak n abah kita yang tanya macam tu..tapi sedangkan kita sentiasa ada masalah yang kita tak nampak...orang gila pon bermasalah..lagi la kita yang masih terjaga nie..



    ha ni lah masalah yang pernah abah aku uji kaji kat aku..:

    ingatan masa lalu  tingkatan 4 nak pergi sekolah.dalam kereta...waktu hujan..

    abah : eton hang ada masalah ka?

    aku : tak da...mana ada ...(nada marah sebab tetiba ja tanya macam tu..macam was-was ja)

    abah : betul ka?betul ka tak da masalah?

    eton : betul...betul-betul tak da..

    abah : hurm pelik...semua orang ada masalah..tapi hang cakap tak da...abah pon ada masalah la nie..

    kebetulan dekat lampu isyarat..kat persimpangan jalan..ada lelaki yang tak waras sedang menari-nari ditengah jalan

    eton : masalah apa abah?

    abah : betul ka?kat depan nie bukan masalah ka?ha....macam nie lah masalah dia...orang tu memang la xda masalah ...sebab dia bermasalah..tapi kita nie?macam mana nak menyeberang persimpangan nie?tu bukan masalah ka?dia dah bagi masalah kat orang lain untuk memikirkan tentang dia..

    eton : ohhh betula jugak no....kita ada masalah..tapi napa tak nampak masalah tu..

    abah : sebab hang tak nak cerita masalah hang kat abah n mak...

    jeng.....jeng.....jeng.....adush...habeh aku...

    eton : (dalam hati) hehhehehehheh...abah mak...eton bukan tak nak cita...tapi tak nak mak n abah susah hati la..

    heheeeee...

    bertemu kembali nanti

    29 May 2011

    kentang dapat menambah berat badan..yeaaaay....

    ~assalamualaikum~



    selamat malam...sementara nak tunggu mentor 5 malam nie..baik aku wat sesuatu dari dok tunggu saja..hurm..korang taw tak aku ni nak sangat berat aku ni naik sikit..aku nak kalau boleh 50kg..sebab sekarang ni baru 45..dah la tinggi aku ni 156cm..pastu nampak agak tinggi ja..lepas tu banyak ja cakap aku ni kurus la..apa la..sedih sgt..dah la aku ni agak itam melegam..pastu dah tak cumel macam orang lain..kurus lak tu..serba serbi la tak ok..aku tak tau nak wat camna la...



    ha...korang ada idea tak?boleh tak tolong gitaw aku..apa yang boleh menambahkan berat badan?aku tak nak orang cakap macam-macam lagi kat ak.please...aku bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi aku amat-amat sedih..bila orang cakap aku macam tu..dan kalau boleh aku nak nampak berisi sikit..supaya orang tak cakap macam tu lagi kat aku..huhuhu :(



    tapi kan tadi aku da terbaca yang kentang boleh menaikkan berat badan..eh betul ke ek?kat situ cakap

     "kentang padat dengan karbohidrat tetapi mempunyai protien yang rendah, kentang amat sesuai sebagai diet bagi mereka yang kurus dan mahu menambahkan berat badan"..



    wahhhh..ni yang aku suka nie..kalau aku makan dengan kuatiti yang banyak boleh ke aku berat ek?tapi 
    apa-pa pon aku nak try jugak-jugak....hihihi...korang pon sokongla aku jugak eh..

    ok terima kasih...

    Tadaaaaa

    28 May 2011

    caya tak aku tak suka CUTI???tapi aku suka tidur...

    ~Assalamualaikum~



    hurmmm.....aduh...sakit-sakit..kenapa jadi macam nie?seharusnya cuti ni la yang paling ditunggu-tunggu..tapi bagi aku lak ni lah hari yang paling aku merasa amat tak suka...bukan tak suka harini..tapi aku letih sangat la..macam-macam terjadi..sememangnya amat penat..bangun pagi dah sakit kepala..macam nak demam rasa..tu lah akibat tidur menggunakan bantal mak aku...hurm macam mana la mak aku leh tidur dengan bantal yang tak empuk tu hari-hari...kesian kat mak aku kan3..

    Dah la sakit kepala..lepas tu aku mimpi mak aku sakit lak..dari malam sampai pagi la aku mengeluarkan air mata..nseb baik tak sembap mata aku pagi-pagi ni..kalau tak mesti banyak orang tertanya-tanya kan?hurm.dah bangun pagi aku pi tolong jadi jurukamera berjaya pulak..hahaha..aku pi tolong tangkap gambar kat pak cik aku..diorang menimba ikan tadi nie..ikan banyak kot..geram aku tengok..sampaikan aku lak dok buat masker muka..eeeuwwww..

    lepas tu aku pi kenduri lak..waktu kat kenduri tu aku penat sangat menjaga anak sedara aku..dia tersangat rajin berjalan..dan sangat peramah..semua orang dia masuk..sampaikan dia pi tolak dekat orang yang tangkap gambar pengantin tu..kesian-kesian...nseb baik orang tu tak jatuh....tidak tebal muka la aku...tapi suka sangat jalan ngan anak sedara aku tu..hahahahahaa..lawak-lawak..

    takpala ni mungkin hari yang amat penat ..tapi aku harap sok adalah hari yang aku amat suka..huhuhu..lagipun esok nak jalan-jalan ngan kekasih aku pulak..huhuhu...hoooorayyyy...suka..i like...

    status now : letih + penat + sakit + demam=nak ketiduran lama-lama...sorry..

    26 May 2011

    rasa-rasa korang lar.


    korang rasa aku ni macam mana..kira pendapat pon da jugak la....ikhlas k..aku amek ni kat tag..tak tahu nk wat pa...satgi baru nak study..tapi sekarang ni nak tau dulu...hahahaha..ni la kja aku..online..online...dan terus on9..hahaha...dah la tengah pening memikirkan napa tak buleh log out blog..geram..nak follow pon tak boleh..saja kan...buat aku macam nie..bagus-bagus-bagus sangat...aku suka..buat la lgi...

    01 = I like u
    02 = U're funny
    03 = U're cool
    04 = I don't really care for ur personality
    05 = U're good looking
    06 = I hate u
    07 = U're boring
    18 = U r the most trustable person I have ever met
    19 = U have an awesome personality
    10 = U r different from others
    11 = I want to be ur best friend
    12 = I want to go out with u
    13 = I'm looking for a relationship with u
    14 = Be wit me always
    15 = U're cute
    16 = I don't know u well enough
    17 = I want u in my life as a good adviser

    aku dah semakin gila...lebih baik jangan baca...hihihi..

    21 May 2011

    tip perbelanjaan

    ~assalamualaikum~

    ha..sekarang nie kan semuanya pakai duit kan..kalau tak da duit..susah nak buat kerja harian..yelah kalau buat kerja mesti nak kena makan kan..nak makan kena jugak guna duit..duit pon datang dari wat kerja xpon dari ptptn..huhu..duit ptptn tinggal berapa ja lagi nie..nak bayar bil letrik, air..semua nak kena bayar..yang guna brodband pon sma ja lah..semua nak kena bayar.wah..tak cukup makan macam nie..masalah-masalah..tambah-tambah pulak yang tinggal dengan kawan-kawan..buat pulak ada seorang yang malas membayar..teruklah..makan sama, tengok tv sama, guna letrik sama, guna air melimpah ruah..aduh..teruklah camnie..

    semua orang pasti akan melalui keadaan yang macam nie kan..selalunya keadaan yang macam nie mesti akan terjadi kepada seseorang yang bergelar pelajar..tambah-tambah lagi kalau duduk dalam rumah sewa dengan kawan-kawan..nak bayar bil mesti kena share kan..kalau semua guna tapi sorang bayar..teruklah..sampai kesudah merana la merana orang tu..tak makan..tak apa..hurm..panjang-panjang merepek ni baik aku teruskan ja benda yang aku nak share ni..iaitu tip mengenai rancang perbelanjaan di ruamah sewa..aku bukan apa..sekarang memang la aku tak dok rumah sewa lagi..tapi baik aku fikirkan masa depan aku dan orang lain..sekurang-kurangnya aku dapat la kongsi ilmu dengan orang lain sama..betul tak?

    ha nie ialah tip rancang perbelanjaan di rumah sewa tu..



    1. sesuaikan kemampuan dengan kos rumah sewa
    cth: cari yang selesa dan berbaloi..berkongsi bilik dengan kawan..bersikap tolak ansur dan saling hormat menghormati..bila dah macam tu..senang la nak duduk bersama..tpi kalau tak macam tu mesti jadi tak ngam kan..yang paling penting pilih kawan yang paling sesuai dengan kita..

    2. sentiasa ada kunci kira-kira perbelanjaan isi rumah
    cth: menyediakan buku kunci kira-kira perbelanjaan isi rumah , dengan ini dapat mengetahui pengeluaran perbelanjaan sesetiap individu.

    3. memasak bergilir-gilir
    Cth: Membuat jadual..setiap orang keluarkan duit sebanyak rm5..bila ada 6 orang dah ckup 30..30 tu da boleh beli barang keperluan dapur..

    4. rancang menggunakan mesin basuh
    Cth: Basuh baju dalam keadaan baju yang banyak..dapat menjimatkan air dan letrik..

    5. jangan terpengaruh dengan rakan yang kaki membeli belah
    Cth: tak terpengaruh dengan rakan yang kaki membeli..jangan terikut-ikut rentak kawan-kawan kalau kita tidak berkemampuan ..Baik susah dahulu dan senang kemudian.

    6. memastikan lampu, kipas dan komputer tutup apabila tidak digunakan
    Cth:kurang prihatin terhadap pembaziran yang berlaku..tak tutup lampu dan kipas apabila keluar..

    7. sepakat soal makan
    Cth: tukar-tukar resipi..kalau harini ikan, esok ayam, dan esok pulak daging..jangan memasak sekaligus..

    8. cari teman yang tahu berjimat cermat
    Cth : akan memudahkan perancangan perbelanjaan tersebut..cari yang setaraf dan ingin berjimat..

    sebenarnya ada sesetengah perkara ni yang pernah terjadi ke atas diriku…masa habeh spm dulu..susah..tula yang aku nak wat tip ni..huhu..Ok itu ja.. yang lain aku tak larat nak mengetaip..tip nie diambil dari majalah remaja..tapi aku Cuma rumuskan..ok..




    20 May 2011

    aku minta maaf cemey

    ~assalamualaikum~

    dua tiga harini aku merasa amat bersalah terhadap haiwan perliharaan aku nie..aku sedih tapi ak tak tau nak wat camna..lagipon nasi dah jadi bubur..niko yang jatuh tak dapat aku kembalikan kepada engkau ibunya iaitu cemey..cemey sesungguhnya aku amat bersalah...aku nak memohon maaf sebanyak mana yang engkau mahukan..aku akan berikan apa yang engkau mahukan dari aku..seglanya akan ku berikan asalkan engkau dapat memaafkan segala rasa bersalah ini..ni lah perjalanan ke asrama yang tak dapat aku lupakan..

    aku tahu niko mungkin takkan kembali kepada ibunya sekarang..tapi aku yakin..bila niko dah besar nanti, mesti niko akan mencari ibunya..aku memang bersalah.cemey aku pon tak tahu macam mana niko boleh berada di bawah kereta abahmu dan abahku..aku abah ngan mak memang ingat niko dah pon lari bila enjin kereta dihidupkan..lagipon abah dah brrooooooom..brroooooom..tapi niko tak keluar jugak...bila kami dah kluar dari tempat letak kereta..cemey memang pusing-pusing mencari anaknya..semey seolah-olah runsing mencari anaknya yang seekor nie..hati aku memang tergerak yang niko memang di bawah kereta abahku ini..sebenarnya aku dah terlupa bahawa fakta mengatakan ini..

    anak kucing yang baru dilahirkan adalah di dalam keadaan pekak dan buta..namun kasih sayang melalui belaian dan jilatan yang diberikan ibunya, anak kucing tersebut akan mula dapat melihat dan mendengar..



    bila kami sudah mahu meneruskan perjalanan...aku tidak leka untuk melihat dibelakang kereta abahku yang dipandu laju ini..sedikit pun tidak terlepas pandang..mataku tepat menuju kejalan..sampai di simpang tiga dijalan rumah ku..abah pon belok ke kanan..tiba-tiba aku melihat bayi kucing iaitu niko jatuh di tengah jalan niko seolah-olah macam kanak-kanak yang tidah tahu mana-mana..dia cuma tahu melihat kiri dan kananya sahaja..tapi dia tidak dapat bertindak apa2..sebab dia hanya kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa..aku tidak dapat memberhentikan kenderaan dengan tiba-tiba disebabkan terdapat beberapa kenderaan yang laju-laju di belakang kami..aku juga sempat melihat ada beberapa kenderaan yang dapat mengelak dari terlanggar niko..hati aku sebak dan tak dapat nak menahan perasaan yang berkecamuk ini..aku terus menangis..seolah-olah aku kehilangan sesuatu yang aku amat sayang..

    emak dan abah terus melihat keadaan ku..abah sempat berkata..ajal dan maut di tangan tuhan..kalau Allah nak ambik nyawanya..kita tak boleh buat apa-apa..kita hanya perlu berserah keatas ketentuannya...abah juga berkata mungkin niko memang berada di enjin kereta abaku ini..bila dia disitu..dia tidak akan terjatuh..tapi bila membelok memang akan terjatuh..setibanya di sebuah kedai untuk membeli barang, muka aku memang dipenuhi air mata yang mengalir..aku tidak malu masuk ke kedai dalam keadaan seperti itu..emak hanya mampu melihat...dalam fikiranku aku mahu sahaja lari ketempat kejadian itu untuk mengambil niko..aku juga ada terdetik untuk menelefon cemey untuk memaklumkan tentang niko..tapi aku sempat berfikir..boleh ker dia nak jawab panggilan telefon aku nie..emak aku hanya tersenyum melihat keadaan aku..

    setelah selesai membeli barang..aku menaiki kederaan kembali dan teruskan perjalanan yang dekat ini..setibanya di asrama...aku bersalam dekat emak dan abah aku..aku sempat meninggalkan pesanan iaitu tolonglah balik melalui jalan yang kita lalu tadi..tengok niko...cari niko..kalau dia ada..ambik bawak balik..walaupon dalam kedaan nyawanya telah diambil..aku akan menelefon emak aku dalam masa 30 minit..selepas 30 minit..emak aku memaklumkan bahawa ada budak yang ambil niko ditengah jalan itu..ak merasakan amat gembira sebab niko diambil oleh seorang budak dalam keadaan selamat..alhamdullillah di benak hatiku..niko pon tak jadi ada apa-apa..senanglah hatiku..cuma aku ja tak dapat nak jumpa niko lagi..
    emak...abah...niko..cemey...aku mintak maaf..kalau aku tak balik asrama..mungkin benda ni takkan terjadi kan..aku mintak maaf sangat-sangat..

    17 May 2011

    kenangan lalu..

    selamat petang.hujan lebat la kat sini...sebelum nak bermukadimah aku nak tanya dulu korang dah makan ke belum semuanya..semalam hari guru kan..korang dah wish dah kat cikgu/guru-guru korang?hurm..aku ni belum lagi la..segan..malu nak wish..huhu..ish apa la aku nie..nak wish pon jadi malu..aku nie bukan pa..aku segan ja dengan cikgu aku tu..tak tau la napa..mungkin sebab aku tak pandai sangat kot masa sekolah dulu tu..hehe..jasa cikgu tu akan ku kenang sampai bila-bila..cikgu-cikgu mungkin tak kenal aku..dan aku memang ingat cikgu aku tu..mana mungkin cikgu nak ingat dekat beribu-ribu pelajar yang dia pernah mengajar.nak ingat nama lagi..masalah pelajar tu lagi..lain la kita hanya sebagai pelajar..


    kali nie aku nak cerita serba sikit kenangan aku dulu..dulu aku tadika kat kampung aku nie ja..Tabika Kubang Paya..masa tu cikgu Aisyah yang mengajar aku..aku pon ada banyak sangat kawan.masa ni aku malas sangat nak pi sekolah..sampai kn mak aku kena tunggu kat tadika..hehe.bila umur 6 tahun aku dah masuk nasyid..nyanyi lagu pa entah..aku dah tak ingat..ni gambar msa tu..persediaan sebelum naik pentas..


    ni pulak masa sekolah rendah..kalau korang nak tau ni la kenangan yang tak dapat aku lupa.kenangan bila markah exam dapat kurang dari 60.pelajar yang kurang dari 60 akan kena cubit sebanyak mana yang dia salah..waaaa..sakit..cubit yang kecik-kecik..lagi satu teacher aku..kalau tak dapat hafal ayat english..tangan tu besedia la nak kena dengan pembaris..bukan kot lebar.tapi kena kot tepi tu..dah la dekat jari-jari..sakit.geram sangat masa tu..sakit sangat..tapi belum da lagi la yang dah mati.kata abah aku la..ni pulak masa aku tahun satu.aku nie da masalah bila tulis 5..5 tu akan terbalik..jadi macam nie..


    masa aku sekolah menengah aku da dua sekolah...sekolah pertama tu aku suka sangat dengan cikgu science aku tu..dia baik sangat..kalau aku tak faham dia selalu tanya..sampai aku boleh buat dengan sempurna..tapi bila aku pindah..dia pon kena tukar ke sabah kot..itu pon kawan aku yang bagi tau..sekolah kedua..sekolah yang aku sayang nie..sekolah ni banyak gak kenangan aku..cikgu-cikgu pon baik jugak..cikgu akan baik bila plajar dia buat baik..so faham-faham la camna..cikgu bm aku nie ada pesan kalau la satu hari nanti ada diklangan kamu ada jual kuewteow tak pon sate..kamu eja la betul2..kalau tak saya tak nak pi beli..haha..aku pon tak tau aku eja ni betul ke tak..aku nie tau makan ja..haha.


    ni pulak masa plkn..huhu..aku pi plkn.masa Kumpulan 1 Siri 6 2009..sukarela lagi kot...gila kan..mana da orang nak pi..orang yang dapat pon nak balik..aku pulak pi mintak nak pi..ada ka orang yang macam aku nie?kalau ada pon mungkin 35% ja..yang lain memang tak nak..apa yang aku tengok orang yang dpat nanges-nanges tak nak..yang tak dapat rayu-rayu nak pi..hurm..nasib baik kak aku tolong jugak masukkan aku lam plkn tu...kalau tak entah apa yang aku wat masa cuti tu..mesti macam-macam jadi kan..aku tau mesti ada hikmah  pada setiap yang terjadi..aku dapat kat plkn white resort balik pulau..dekat pulau pinang..agak jauh kan..huhu..tula yang dapat bila sukarela nie..aku suka sangat dapat pi..kalau boleh memang nak pi lagi..rindu sangat dekat kawan-kawan…kat sini aku belajar untuk lebih berdikari..jauh dari ahli keluarga..



    dengan berkat cikgu-cikgu mengajar aku dah tak tuleh 5 terbalik lagi...aku dah pandai mengeja, mewarna, menulis, dan macam sekarang ni la..segalanya pandai..cikgu mengajar yang baik..tapi diri aku nie pulak yang terlebih expert dalam hal yang tak berfaedah..yang tak disuruh la yang aku nak wat..yang disuruh aku tinggalkan..ish3..apa la nak jadi ngan budak-budak zaman sekarang nie kan....langsung tak dengar cakap orang tua-tua.tapi apa-apa pon aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GRU ATAUPON CIKGU YANG TELAH MENDIDIK DAN MEMBIMBING AKU UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG TERBAIK..TERIMA KASIH CIKGU JASAMU AKAN KU KENANG SAMPAI  BILA-BILA....huhu..sedih-sedih..agak lambat sikit aku wish kan..

    11 May 2011

    " SEGMEN " review blog by penulis senja "

    ~assalamualaikum~

    selamat petang semua..petang nie aku nak join segmen..iaitu segmen review blog by penulis senja..kalau korang nak join sama klik ja gambar nie k..cepat-cepat..ada lagi 2 jam ja..



    apa yang aku suka dengan blog ps niey..nak taw..ha...ni dia..

    satu: ps rajin berbalas komen..rajin berinteraksi dengan orang lain..

    dua: blog kemas..sejuk mata memandang..

    dan apa yang aku tak suka dengan blog ps nie..

    satu : aku telah tertipu dan salah faham dengan blog ps nie..dlu aku ingat ps nie perempuan..hehe..
    bila dah tengok header baru tu..baru aku tahu..hahaha

    dua : tulisan capslock..orang cakap kan capslock nie macam amaran sesuatu..takut ja nak tengok..

    amat susah mencari yang aku tak suka..huhu..

    2 blog yang aku suka

    >>hanym

    >>penulis senja

    ha..dah siap...

    10 May 2011

    pagi yang berubah wajah

    ~assalamualaikum~


    selamat pagi semua..pagi-pagi lagi aku dah nak mula update blog..tak pernah-pernah jadi camnie..
    terlalu excited la katakan..hehe..aku suka sangat pagi nie..bangun pon cepat-cepat ja..
    tidur pon dah tak lena..huhu..kesian aku..tapi kesian orang yang tolong perbaharui blog aku nie jugak...haha...blog aku telah berwajah baru..cantik...dah baru..tak macam semalam dah..semalam blog aku macam semak ja..tapi tup..tup bangun pagi dah lebih kemas..waaahh.macam mimpi ja kn..suka sampai tak tau nak cakap apa dah nie..tapi pa2 pon aku nak ucapkan terima kasih berbanyak..kepada orang nie..

    korang nak tau tak sapa yang tlong aku perbaharui blog nie?ha..nak taw tak?takpa2.aku bagitau ciri-ciri orang tu ja dulu na..hehe

    orang tu kan berwarna biru

    sangat baik sangat-sangat

    suka kongsi ilmu dekat orang lain..

    blog dia sejuk mata memandang

    dia pon tak kisah nak tolong sempurnakan blog orang lain..

    sangat merendah diri walaupon dah semakin meningkat maju...setinggi bangunan

    orang tu suka sangat online waktu senja-senja sampai malam kot


    hehe..puas hati tak lagi?kalau masih tak puas lagi baca la bawah nie sampai habis ok..?hehe

    dia ni mulanya telah wat segmen...segmen tu tentang segmen pahit dan manis menjadi blogger..sebab aku tingin aku pon dah tuleh entry pasal segmen tu....tapi tak sempat habes aku da kerja lak nak wat..so kena la tangguh dulu segmen tu..kira dah simpan draft la..cuma tak publish.. pastu bila dah malam aku pon buka la blog nak tengok2..tup..tup..aku terjumpa segmen tu da pon tutup n dah ada pon update 3 BLOGGER NEWBIE YANG RAJIN pon kat entry tu..wah..sedihnya..tak sempat nak join..kalau tak mesti aku pon dalam kategori yang rajin tu kan..hihi..aku nie selalu jadi cmtu..dah tuleh..tapi selalu tak publish..kononnya aku nak review la balik apa yang aku dah buat..hehe..

    lepas ja aku tengok entry yang pasal 3 newbie yng rajin tu kan..terus aku pon xmalu-malu komen kat bawah tu..aku cakap kan cmnie...


    lepas tu plak..dia terus mcg dekat fb n dekat wall..dri situ la dia cakap kekurangan blog aku neyh..aku pon dah banyak tahu kekurangan blog aku..lepas dari tu aku pon tak segan silu meminta untuk menyempurnakan blog nie..sampai ja aku bangun pagi..aku tengok blog aku dah berubah wajah...wahh..sukanya...dah jadi macam nie


    wah..terima kasih yer penulis senja sebab dah buatkan blog jadi cantik..dah ada kotak-kotak..suka..sebelum nie tak tau nak wat camtu..lagipon tak berani nak kacau coding..sebab takut coding lari laju..tapi ni dah ada kotak-kotak tu pon..tapi kan..aku dah telah edit kat gadjet tu..sebab aku merasakan blog aku nie jadi berat sebelah lak..tu yang aku ubah sikit..boleh kan..degil betul kan..aku neyh..orang dah wat kan, tapi pi ubah lak jadi lain..huhu..tapi kan kalau boleh nanti ps tolong la lagi yer betulkan kedudukan blog yang slah nie yer..yang tentang header nanti nak tempah kat miSs HanYmkalau boleh...

    05 May 2011

    orang lain yang tunggu..aku pulak yang lebih....

    ~assalamualaikum~

    selamat malam semua..eh pagi ka malam nie..hehe..aku tak pasti la..dah nak mamai..tapi disebabkan benda nie..aku lak yang tak sabar-sabar..huhu..dah la tadi ni susah-susah angkut barang naik tingkat asrama..tapi malam tak boleh tidur plak..masalah betul..banyak aku mikirkan..tapi aku pon tak pasti apa yang aku fikirkan nie..yang aku tahu..aku memang ada masalah..sampai naik gila dibuatnya..



    ish berbalik kepada tujuan aku diatas tu..k..ha..!tadi aku da terbaca yang keputusan permohonan IPTA akn diumumkan cok.lpas 12 tengahari kotyang lepasan spm.so,aku rasa risau la..dengan keputusan tu.bukannya risaukan untuk aku..tapi aku fikirkan untuk orang lain la..kalau SUKACITA..baguslah..tapi kalau DUKACITA?Uwaaaaaaaaaaa..mesti sedih sampai tak terkata..hehehe..aku ni menakutkan orang yang tunggu keputusan lak..bukan camtu la maksud aku..jangan fikir bukan-bukan taw..huhu..

    aku nie bukan apa..cuma excited nak tengok keputusan jiran aku neyh..dia dah dapat tingkatan enam..tapi dia tak nak daftar tingkatan enam nie..dia cakap..kalau masuk tingkatan enam..kena pi macam pi sekolah..pakai baju sekolah..dia malu agaknya kot..napa la jadi camtu..lebih rela dok rumah dari belajar..sungguh aku tak faham..kenapa nak pandang serong kat tingkatan enam nie..sekurang-kurangnya daftar dulu..kalau rasa tak sesuai dan dapat tempat lain..baru wat keputusan..jangan wat keputusan melulu..nanti menyesal sampai kesudah..


    bagi adik-adikku comel yang tengah tunggu keputusan tu..wat la keputusan yang terbaik sangat-sangat..kalau korang rasa korang cepat belajar..masuk tingkatan enam pon tak pa..sebab dia blajar tak silap aku cuma setahun..tolak cuti lagi..walaupon da enam atas dan enam bawah..kira dua tahun..tapi dia tetap tak sempat bagi aku..aku ni pon tak la bijak sangat pon...pointer pon cukup-cukup bagi aku makan sorang ja..dulu aku pernah gak aku amek tingkatan enam..itu pon sebab aku tak tahu mana yang terbaik..masih tertunggang terbalik lagi..lepas aku dapat tempat lain..baru aku behenti tingkatan enam..dan bila dah sem 5 dah..baru aku tahu mana yang lebih sesuai dengan aku..tapi apa boleh buat..nasi dah jadi bubur..mungkin cemey ja yang nak makan..dah la aku tak suka apa yang aku amek..tapi dah terambil..kena bagi habis jugak la..

    akhir sekali..akak tak nak adik-adik buat keputusan yang melulu..ikut kehendak hati adik-adik.ok..satu lagi jangan amek benda-benda yang adik sendiri tak suka..itu akan menyusahkan lagi diri sendiri..macam akak nie.buat keputusan melulu la yang jadi macam nie...huhu..tak pala na..mata pon dah nak terpejam..tangan pon dah berat nak menulis..sampai sini ja untuk malam nie..nanti sambung lagi..



    ~tadaaaa~

    ~selamat malam/pagi semua~

    02 May 2011

    waaaaaaaH..!cantek, menarik, tertarik kau memang da BooM..

    waaaaaah banner baru.boleh guna banner baru.yeye!.nak buang banner yang lama..bukan senang orang nak bagi banner nie..hehehe..suka-suka..cantik..lawa..jangan jelez ek..ni ni banner yang lama aku.



    so,  sekarang aku dah nak tukar banner yang baru dan cantik ni pulak..korang nak tengok tak?ha meh sini baru aku bagi tengok...haha...banner yang dibuat sendiri oleh miSs HanYm 

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *



    ha cantik tak?cantek kan??hehe..jangan jeles..korang suka?pi la pujuk miss hanym neyh..kalau boleh..haha..tapi pa pe pon terima kasih taw miSs HanYm sebab dah buat banner yang cantik, menarik, tertarik nie eh..

    terima la serangkap kata-kata dari aku...hehe

    terima kasih daun keladi,
    harap-harap ada lagi,
    kalau masih di ingati,
    harap-harap sudi datang lagi..

    hehehe...apa la aku ni...nak pantun-pantun...tapi maen rembat ja..hahah

    opss..oleh kerana tidak boleh dibuat header..aku nak jugak letak banner ni dekat bilik sebelah aku nie..al maklumlahkan..blog pon jadi macam rumah aku..hehehe..tapi aku nak ja bowh kat header..hihi..tapi tak mengapa la...orang memberi kita menerima..suka sangat..