31 May 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

~assalamualaikum~


harini aku nak menjoinkan diri untuk mendapatkan hadiah giveaway yang disponsor oleh diorang ni..boleh kan3.....?







Wowww banyak hadiah tu! Jom join sekarang!!!

korang pon nak join?meh-meh ..tapi korang kena penuhkan syarat-syarat yang diorang tetapkan dulu tau..

ni link

tekan ini

harap-harap aku tak ada buat salah..huhu..klu tak nanti kena reject pulak..

ok..
tadaaa

30 May 2011

Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru !

~assalamualaikum~

kali nie nak join Segmen Mas Zone : Kami Blogger Baru ! pulak..huhu...kat baawah nie aku dah penuhkan syarat-syaratnya..

kalau nak join...tekan gambar di bawah ini


tentang diri ini

seorang yang tengah mencari ketenangan..ketenangan untuk melupakan segala masalah yang ada..seorang yang harus berani untuk berada di tempat yang benar. memperbaiki kekurangan untuk menjadi yang lebih baik..

tujuan nak join



  • sebab hati terdetik nak join.



  • nak kenalkan diri dengan orang lain




  • sebab nak kongsi ilmu yang ada



  • nak tolong diorang nie jugak:




    ok...siap...

    caya tak semua orang ada masalah?

    ~assalamualaikum~

    selamat petang...ayat sama ja kan setiap kali aku Ber Update blog..haha..kali nie aku nak cita sikit dengan masalah-masalah yang terjadi dekat semua orang..bila orang tanya kita da masalah ke tak..mestilah kita akan jawab tak da masalah kan..kan..kan..tambahan pulak kalau mak n abah kita yang tanya macam tu..tapi sedangkan kita sentiasa ada masalah yang kita tak nampak...orang gila pon bermasalah..lagi la kita yang masih terjaga nie..



    ha ni lah masalah yang pernah abah aku uji kaji kat aku..:

    ingatan masa lalu  tingkatan 4 nak pergi sekolah.dalam kereta...waktu hujan..

    abah : eton hang ada masalah ka?

    aku : tak da...mana ada ...(nada marah sebab tetiba ja tanya macam tu..macam was-was ja)

    abah : betul ka?betul ka tak da masalah?

    eton : betul...betul-betul tak da..

    abah : hurm pelik...semua orang ada masalah..tapi hang cakap tak da...abah pon ada masalah la nie..

    kebetulan dekat lampu isyarat..kat persimpangan jalan..ada lelaki yang tak waras sedang menari-nari ditengah jalan

    eton : masalah apa abah?

    abah : betul ka?kat depan nie bukan masalah ka?ha....macam nie lah masalah dia...orang tu memang la xda masalah ...sebab dia bermasalah..tapi kita nie?macam mana nak menyeberang persimpangan nie?tu bukan masalah ka?dia dah bagi masalah kat orang lain untuk memikirkan tentang dia..

    eton : ohhh betula jugak no....kita ada masalah..tapi napa tak nampak masalah tu..

    abah : sebab hang tak nak cerita masalah hang kat abah n mak...

    jeng.....jeng.....jeng.....adush...habeh aku...

    eton : (dalam hati) hehhehehehheh...abah mak...eton bukan tak nak cita...tapi tak nak mak n abah susah hati la..

    heheeeee...

    bertemu kembali nanti

    29 May 2011

    kentang dapat menambah berat badan..yeaaaay....

    ~assalamualaikum~



    selamat malam...sementara nak tunggu mentor 5 malam nie..baik aku wat sesuatu dari dok tunggu saja..hurm..korang taw tak aku ni nak sangat berat aku ni naik sikit..aku nak kalau boleh 50kg..sebab sekarang ni baru 45..dah la tinggi aku ni 156cm..pastu nampak agak tinggi ja..lepas tu banyak ja cakap aku ni kurus la..apa la..sedih sgt..dah la aku ni agak itam melegam..pastu dah tak cumel macam orang lain..kurus lak tu..serba serbi la tak ok..aku tak tau nak wat camna la...



    ha...korang ada idea tak?boleh tak tolong gitaw aku..apa yang boleh menambahkan berat badan?aku tak nak orang cakap macam-macam lagi kat ak.please...aku bukan tak bersyukur dengan apa yang ada tapi aku amat-amat sedih..bila orang cakap aku macam tu..dan kalau boleh aku nak nampak berisi sikit..supaya orang tak cakap macam tu lagi kat aku..huhuhu :(



    tapi kan tadi aku da terbaca yang kentang boleh menaikkan berat badan..eh betul ke ek?kat situ cakap

     "kentang padat dengan karbohidrat tetapi mempunyai protien yang rendah, kentang amat sesuai sebagai diet bagi mereka yang kurus dan mahu menambahkan berat badan"..



    wahhhh..ni yang aku suka nie..kalau aku makan dengan kuatiti yang banyak boleh ke aku berat ek?tapi 
    apa-pa pon aku nak try jugak-jugak....hihihi...korang pon sokongla aku jugak eh..

    ok terima kasih...

    Tadaaaaa

    28 May 2011

    caya tak aku tak suka CUTI???tapi aku suka tidur...

    ~Assalamualaikum~



    hurmmm.....aduh...sakit-sakit..kenapa jadi macam nie?seharusnya cuti ni la yang paling ditunggu-tunggu..tapi bagi aku lak ni lah hari yang paling aku merasa amat tak suka...bukan tak suka harini..tapi aku letih sangat la..macam-macam terjadi..sememangnya amat penat..bangun pagi dah sakit kepala..macam nak demam rasa..tu lah akibat tidur menggunakan bantal mak aku...hurm macam mana la mak aku leh tidur dengan bantal yang tak empuk tu hari-hari...kesian kat mak aku kan3..

    Dah la sakit kepala..lepas tu aku mimpi mak aku sakit lak..dari malam sampai pagi la aku mengeluarkan air mata..nseb baik tak sembap mata aku pagi-pagi ni..kalau tak mesti banyak orang tertanya-tanya kan?hurm.dah bangun pagi aku pi tolong jadi jurukamera berjaya pulak..hahaha..aku pi tolong tangkap gambar kat pak cik aku..diorang menimba ikan tadi nie..ikan banyak kot..geram aku tengok..sampaikan aku lak dok buat masker muka..eeeuwwww..

    lepas tu aku pi kenduri lak..waktu kat kenduri tu aku penat sangat menjaga anak sedara aku..dia tersangat rajin berjalan..dan sangat peramah..semua orang dia masuk..sampaikan dia pi tolak dekat orang yang tangkap gambar pengantin tu..kesian-kesian...nseb baik orang tu tak jatuh....tidak tebal muka la aku...tapi suka sangat jalan ngan anak sedara aku tu..hahahahahaa..lawak-lawak..

    takpala ni mungkin hari yang amat penat ..tapi aku harap sok adalah hari yang aku amat suka..huhuhu..lagipun esok nak jalan-jalan ngan kekasih aku pulak..huhuhu...hoooorayyyy...suka..i like...

    status now : letih + penat + sakit + demam=nak ketiduran lama-lama...sorry..

    26 May 2011

    rasa-rasa korang lar.


    korang rasa aku ni macam mana..kira pendapat pon da jugak la....ikhlas k..aku amek ni kat tag..tak tahu nk wat pa...satgi baru nak study..tapi sekarang ni nak tau dulu...hahahaha..ni la kja aku..online..online...dan terus on9..hahaha...dah la tengah pening memikirkan napa tak buleh log out blog..geram..nak follow pon tak boleh..saja kan...buat aku macam nie..bagus-bagus-bagus sangat...aku suka..buat la lgi...

    01 = I like u
    02 = U're funny
    03 = U're cool
    04 = I don't really care for ur personality
    05 = U're good looking
    06 = I hate u
    07 = U're boring
    18 = U r the most trustable person I have ever met
    19 = U have an awesome personality
    10 = U r different from others
    11 = I want to be ur best friend
    12 = I want to go out with u
    13 = I'm looking for a relationship with u
    14 = Be wit me always
    15 = U're cute
    16 = I don't know u well enough
    17 = I want u in my life as a good adviser

    aku dah semakin gila...lebih baik jangan baca...hihihi..

    21 May 2011

    tip perbelanjaan

    ~assalamualaikum~

    ha..sekarang nie kan semuanya pakai duit kan..kalau tak da duit..susah nak buat kerja harian..yelah kalau buat kerja mesti nak kena makan kan..nak makan kena jugak guna duit..duit pon datang dari wat kerja xpon dari ptptn..huhu..duit ptptn tinggal berapa ja lagi nie..nak bayar bil letrik, air..semua nak kena bayar..yang guna brodband pon sma ja lah..semua nak kena bayar.wah..tak cukup makan macam nie..masalah-masalah..tambah-tambah pulak yang tinggal dengan kawan-kawan..buat pulak ada seorang yang malas membayar..teruklah..makan sama, tengok tv sama, guna letrik sama, guna air melimpah ruah..aduh..teruklah camnie..

    semua orang pasti akan melalui keadaan yang macam nie kan..selalunya keadaan yang macam nie mesti akan terjadi kepada seseorang yang bergelar pelajar..tambah-tambah lagi kalau duduk dalam rumah sewa dengan kawan-kawan..nak bayar bil mesti kena share kan..kalau semua guna tapi sorang bayar..teruklah..sampai kesudah merana la merana orang tu..tak makan..tak apa..hurm..panjang-panjang merepek ni baik aku teruskan ja benda yang aku nak share ni..iaitu tip mengenai rancang perbelanjaan di ruamah sewa..aku bukan apa..sekarang memang la aku tak dok rumah sewa lagi..tapi baik aku fikirkan masa depan aku dan orang lain..sekurang-kurangnya aku dapat la kongsi ilmu dengan orang lain sama..betul tak?

    ha nie ialah tip rancang perbelanjaan di rumah sewa tu..



    1. sesuaikan kemampuan dengan kos rumah sewa
    cth: cari yang selesa dan berbaloi..berkongsi bilik dengan kawan..bersikap tolak ansur dan saling hormat menghormati..bila dah macam tu..senang la nak duduk bersama..tpi kalau tak macam tu mesti jadi tak ngam kan..yang paling penting pilih kawan yang paling sesuai dengan kita..

    2. sentiasa ada kunci kira-kira perbelanjaan isi rumah
    cth: menyediakan buku kunci kira-kira perbelanjaan isi rumah , dengan ini dapat mengetahui pengeluaran perbelanjaan sesetiap individu.

    3. memasak bergilir-gilir
    Cth: Membuat jadual..setiap orang keluarkan duit sebanyak rm5..bila ada 6 orang dah ckup 30..30 tu da boleh beli barang keperluan dapur..

    4. rancang menggunakan mesin basuh
    Cth: Basuh baju dalam keadaan baju yang banyak..dapat menjimatkan air dan letrik..

    5. jangan terpengaruh dengan rakan yang kaki membeli belah
    Cth: tak terpengaruh dengan rakan yang kaki membeli..jangan terikut-ikut rentak kawan-kawan kalau kita tidak berkemampuan ..Baik susah dahulu dan senang kemudian.

    6. memastikan lampu, kipas dan komputer tutup apabila tidak digunakan
    Cth:kurang prihatin terhadap pembaziran yang berlaku..tak tutup lampu dan kipas apabila keluar..

    7. sepakat soal makan
    Cth: tukar-tukar resipi..kalau harini ikan, esok ayam, dan esok pulak daging..jangan memasak sekaligus..

    8. cari teman yang tahu berjimat cermat
    Cth : akan memudahkan perancangan perbelanjaan tersebut..cari yang setaraf dan ingin berjimat..

    sebenarnya ada sesetengah perkara ni yang pernah terjadi ke atas diriku…masa habeh spm dulu..susah..tula yang aku nak wat tip ni..huhu..Ok itu ja.. yang lain aku tak larat nak mengetaip..tip nie diambil dari majalah remaja..tapi aku Cuma rumuskan..ok..




    20 May 2011

    aku minta maaf cemey

    ~assalamualaikum~

    dua tiga harini aku merasa amat bersalah terhadap haiwan perliharaan aku nie..aku sedih tapi ak tak tau nak wat camna..lagipon nasi dah jadi bubur..niko yang jatuh tak dapat aku kembalikan kepada engkau ibunya iaitu cemey..cemey sesungguhnya aku amat bersalah...aku nak memohon maaf sebanyak mana yang engkau mahukan..aku akan berikan apa yang engkau mahukan dari aku..seglanya akan ku berikan asalkan engkau dapat memaafkan segala rasa bersalah ini..ni lah perjalanan ke asrama yang tak dapat aku lupakan..

    aku tahu niko mungkin takkan kembali kepada ibunya sekarang..tapi aku yakin..bila niko dah besar nanti, mesti niko akan mencari ibunya..aku memang bersalah.cemey aku pon tak tahu macam mana niko boleh berada di bawah kereta abahmu dan abahku..aku abah ngan mak memang ingat niko dah pon lari bila enjin kereta dihidupkan..lagipon abah dah brrooooooom..brroooooom..tapi niko tak keluar jugak...bila kami dah kluar dari tempat letak kereta..cemey memang pusing-pusing mencari anaknya..semey seolah-olah runsing mencari anaknya yang seekor nie..hati aku memang tergerak yang niko memang di bawah kereta abahku ini..sebenarnya aku dah terlupa bahawa fakta mengatakan ini..

    anak kucing yang baru dilahirkan adalah di dalam keadaan pekak dan buta..namun kasih sayang melalui belaian dan jilatan yang diberikan ibunya, anak kucing tersebut akan mula dapat melihat dan mendengar..



    bila kami sudah mahu meneruskan perjalanan...aku tidak leka untuk melihat dibelakang kereta abahku yang dipandu laju ini..sedikit pun tidak terlepas pandang..mataku tepat menuju kejalan..sampai di simpang tiga dijalan rumah ku..abah pon belok ke kanan..tiba-tiba aku melihat bayi kucing iaitu niko jatuh di tengah jalan niko seolah-olah macam kanak-kanak yang tidah tahu mana-mana..dia cuma tahu melihat kiri dan kananya sahaja..tapi dia tidak dapat bertindak apa2..sebab dia hanya kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa..aku tidak dapat memberhentikan kenderaan dengan tiba-tiba disebabkan terdapat beberapa kenderaan yang laju-laju di belakang kami..aku juga sempat melihat ada beberapa kenderaan yang dapat mengelak dari terlanggar niko..hati aku sebak dan tak dapat nak menahan perasaan yang berkecamuk ini..aku terus menangis..seolah-olah aku kehilangan sesuatu yang aku amat sayang..

    emak dan abah terus melihat keadaan ku..abah sempat berkata..ajal dan maut di tangan tuhan..kalau Allah nak ambik nyawanya..kita tak boleh buat apa-apa..kita hanya perlu berserah keatas ketentuannya...abah juga berkata mungkin niko memang berada di enjin kereta abaku ini..bila dia disitu..dia tidak akan terjatuh..tapi bila membelok memang akan terjatuh..setibanya di sebuah kedai untuk membeli barang, muka aku memang dipenuhi air mata yang mengalir..aku tidak malu masuk ke kedai dalam keadaan seperti itu..emak hanya mampu melihat...dalam fikiranku aku mahu sahaja lari ketempat kejadian itu untuk mengambil niko..aku juga ada terdetik untuk menelefon cemey untuk memaklumkan tentang niko..tapi aku sempat berfikir..boleh ker dia nak jawab panggilan telefon aku nie..emak aku hanya tersenyum melihat keadaan aku..

    setelah selesai membeli barang..aku menaiki kederaan kembali dan teruskan perjalanan yang dekat ini..setibanya di asrama...aku bersalam dekat emak dan abah aku..aku sempat meninggalkan pesanan iaitu tolonglah balik melalui jalan yang kita lalu tadi..tengok niko...cari niko..kalau dia ada..ambik bawak balik..walaupon dalam kedaan nyawanya telah diambil..aku akan menelefon emak aku dalam masa 30 minit..selepas 30 minit..emak aku memaklumkan bahawa ada budak yang ambil niko ditengah jalan itu..ak merasakan amat gembira sebab niko diambil oleh seorang budak dalam keadaan selamat..alhamdullillah di benak hatiku..niko pon tak jadi ada apa-apa..senanglah hatiku..cuma aku ja tak dapat nak jumpa niko lagi..
    emak...abah...niko..cemey...aku mintak maaf..kalau aku tak balik asrama..mungkin benda ni takkan terjadi kan..aku mintak maaf sangat-sangat..

    17 May 2011

    kenangan lalu..

    selamat petang.hujan lebat la kat sini...sebelum nak bermukadimah aku nak tanya dulu korang dah makan ke belum semuanya..semalam hari guru kan..korang dah wish dah kat cikgu/guru-guru korang?hurm..aku ni belum lagi la..segan..malu nak wish..huhu..ish apa la aku nie..nak wish pon jadi malu..aku nie bukan pa..aku segan ja dengan cikgu aku tu..tak tau la napa..mungkin sebab aku tak pandai sangat kot masa sekolah dulu tu..hehe..jasa cikgu tu akan ku kenang sampai bila-bila..cikgu-cikgu mungkin tak kenal aku..dan aku memang ingat cikgu aku tu..mana mungkin cikgu nak ingat dekat beribu-ribu pelajar yang dia pernah mengajar.nak ingat nama lagi..masalah pelajar tu lagi..lain la kita hanya sebagai pelajar..


    kali nie aku nak cerita serba sikit kenangan aku dulu..dulu aku tadika kat kampung aku nie ja..Tabika Kubang Paya..masa tu cikgu Aisyah yang mengajar aku..aku pon ada banyak sangat kawan.masa ni aku malas sangat nak pi sekolah..sampai kn mak aku kena tunggu kat tadika..hehe.bila umur 6 tahun aku dah masuk nasyid..nyanyi lagu pa entah..aku dah tak ingat..ni gambar msa tu..persediaan sebelum naik pentas..


    ni pulak masa sekolah rendah..kalau korang nak tau ni la kenangan yang tak dapat aku lupa.kenangan bila markah exam dapat kurang dari 60.pelajar yang kurang dari 60 akan kena cubit sebanyak mana yang dia salah..waaaa..sakit..cubit yang kecik-kecik..lagi satu teacher aku..kalau tak dapat hafal ayat english..tangan tu besedia la nak kena dengan pembaris..bukan kot lebar.tapi kena kot tepi tu..dah la dekat jari-jari..sakit.geram sangat masa tu..sakit sangat..tapi belum da lagi la yang dah mati.kata abah aku la..ni pulak masa aku tahun satu.aku nie da masalah bila tulis 5..5 tu akan terbalik..jadi macam nie..


    masa aku sekolah menengah aku da dua sekolah...sekolah pertama tu aku suka sangat dengan cikgu science aku tu..dia baik sangat..kalau aku tak faham dia selalu tanya..sampai aku boleh buat dengan sempurna..tapi bila aku pindah..dia pon kena tukar ke sabah kot..itu pon kawan aku yang bagi tau..sekolah kedua..sekolah yang aku sayang nie..sekolah ni banyak gak kenangan aku..cikgu-cikgu pon baik jugak..cikgu akan baik bila plajar dia buat baik..so faham-faham la camna..cikgu bm aku nie ada pesan kalau la satu hari nanti ada diklangan kamu ada jual kuewteow tak pon sate..kamu eja la betul2..kalau tak saya tak nak pi beli..haha..aku pon tak tau aku eja ni betul ke tak..aku nie tau makan ja..haha.


    ni pulak masa plkn..huhu..aku pi plkn.masa Kumpulan 1 Siri 6 2009..sukarela lagi kot...gila kan..mana da orang nak pi..orang yang dapat pon nak balik..aku pulak pi mintak nak pi..ada ka orang yang macam aku nie?kalau ada pon mungkin 35% ja..yang lain memang tak nak..apa yang aku tengok orang yang dpat nanges-nanges tak nak..yang tak dapat rayu-rayu nak pi..hurm..nasib baik kak aku tolong jugak masukkan aku lam plkn tu...kalau tak entah apa yang aku wat masa cuti tu..mesti macam-macam jadi kan..aku tau mesti ada hikmah  pada setiap yang terjadi..aku dapat kat plkn white resort balik pulau..dekat pulau pinang..agak jauh kan..huhu..tula yang dapat bila sukarela nie..aku suka sangat dapat pi..kalau boleh memang nak pi lagi..rindu sangat dekat kawan-kawan…kat sini aku belajar untuk lebih berdikari..jauh dari ahli keluarga..



    dengan berkat cikgu-cikgu mengajar aku dah tak tuleh 5 terbalik lagi...aku dah pandai mengeja, mewarna, menulis, dan macam sekarang ni la..segalanya pandai..cikgu mengajar yang baik..tapi diri aku nie pulak yang terlebih expert dalam hal yang tak berfaedah..yang tak disuruh la yang aku nak wat..yang disuruh aku tinggalkan..ish3..apa la nak jadi ngan budak-budak zaman sekarang nie kan....langsung tak dengar cakap orang tua-tua.tapi apa-apa pon aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA GURU-GRU ATAUPON CIKGU YANG TELAH MENDIDIK DAN MEMBIMBING AKU UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG TERBAIK..TERIMA KASIH CIKGU JASAMU AKAN KU KENANG SAMPAI  BILA-BILA....huhu..sedih-sedih..agak lambat sikit aku wish kan..

    11 May 2011

    " SEGMEN " review blog by penulis senja "

    ~assalamualaikum~

    selamat petang semua..petang nie aku nak join segmen..iaitu segmen review blog by penulis senja..kalau korang nak join sama klik ja gambar nie k..cepat-cepat..ada lagi 2 jam ja..



    apa yang aku suka dengan blog ps niey..nak taw..ha...ni dia..

    satu: ps rajin berbalas komen..rajin berinteraksi dengan orang lain..

    dua: blog kemas..sejuk mata memandang..

    dan apa yang aku tak suka dengan blog ps nie..

    satu : aku telah tertipu dan salah faham dengan blog ps nie..dlu aku ingat ps nie perempuan..hehe..
    bila dah tengok header baru tu..baru aku tahu..hahaha

    dua : tulisan capslock..orang cakap kan capslock nie macam amaran sesuatu..takut ja nak tengok..

    amat susah mencari yang aku tak suka..huhu..

    2 blog yang aku suka

    >>hanym

    >>penulis senja

    ha..dah siap...

    10 May 2011

    pagi yang berubah wajah

    ~assalamualaikum~


    selamat pagi semua..pagi-pagi lagi aku dah nak mula update blog..tak pernah-pernah jadi camnie..
    terlalu excited la katakan..hehe..aku suka sangat pagi nie..bangun pon cepat-cepat ja..
    tidur pon dah tak lena..huhu..kesian aku..tapi kesian orang yang tolong perbaharui blog aku nie jugak...haha...blog aku telah berwajah baru..cantik...dah baru..tak macam semalam dah..semalam blog aku macam semak ja..tapi tup..tup bangun pagi dah lebih kemas..waaahh.macam mimpi ja kn..suka sampai tak tau nak cakap apa dah nie..tapi pa2 pon aku nak ucapkan terima kasih berbanyak..kepada orang nie..

    korang nak tau tak sapa yang tlong aku perbaharui blog nie?ha..nak taw tak?takpa2.aku bagitau ciri-ciri orang tu ja dulu na..hehe

    orang tu kan berwarna biru

    sangat baik sangat-sangat

    suka kongsi ilmu dekat orang lain..

    blog dia sejuk mata memandang

    dia pon tak kisah nak tolong sempurnakan blog orang lain..

    sangat merendah diri walaupon dah semakin meningkat maju...setinggi bangunan

    orang tu suka sangat online waktu senja-senja sampai malam kot


    hehe..puas hati tak lagi?kalau masih tak puas lagi baca la bawah nie sampai habis ok..?hehe

    dia ni mulanya telah wat segmen...segmen tu tentang segmen pahit dan manis menjadi blogger..sebab aku tingin aku pon dah tuleh entry pasal segmen tu....tapi tak sempat habes aku da kerja lak nak wat..so kena la tangguh dulu segmen tu..kira dah simpan draft la..cuma tak publish.. pastu bila dah malam aku pon buka la blog nak tengok2..tup..tup..aku terjumpa segmen tu da pon tutup n dah ada pon update 3 BLOGGER NEWBIE YANG RAJIN pon kat entry tu..wah..sedihnya..tak sempat nak join..kalau tak mesti aku pon dalam kategori yang rajin tu kan..hihi..aku nie selalu jadi cmtu..dah tuleh..tapi selalu tak publish..kononnya aku nak review la balik apa yang aku dah buat..hehe..

    lepas ja aku tengok entry yang pasal 3 newbie yng rajin tu kan..terus aku pon xmalu-malu komen kat bawah tu..aku cakap kan cmnie...


    lepas tu plak..dia terus mcg dekat fb n dekat wall..dri situ la dia cakap kekurangan blog aku neyh..aku pon dah banyak tahu kekurangan blog aku..lepas dari tu aku pon tak segan silu meminta untuk menyempurnakan blog nie..sampai ja aku bangun pagi..aku tengok blog aku dah berubah wajah...wahh..sukanya...dah jadi macam nie


    wah..terima kasih yer penulis senja sebab dah buatkan blog jadi cantik..dah ada kotak-kotak..suka..sebelum nie tak tau nak wat camtu..lagipon tak berani nak kacau coding..sebab takut coding lari laju..tapi ni dah ada kotak-kotak tu pon..tapi kan..aku dah telah edit kat gadjet tu..sebab aku merasakan blog aku nie jadi berat sebelah lak..tu yang aku ubah sikit..boleh kan..degil betul kan..aku neyh..orang dah wat kan, tapi pi ubah lak jadi lain..huhu..tapi kan kalau boleh nanti ps tolong la lagi yer betulkan kedudukan blog yang slah nie yer..yang tentang header nanti nak tempah kat miSs HanYmkalau boleh...

    05 May 2011

    orang lain yang tunggu..aku pulak yang lebih....

    ~assalamualaikum~

    selamat malam semua..eh pagi ka malam nie..hehe..aku tak pasti la..dah nak mamai..tapi disebabkan benda nie..aku lak yang tak sabar-sabar..huhu..dah la tadi ni susah-susah angkut barang naik tingkat asrama..tapi malam tak boleh tidur plak..masalah betul..banyak aku mikirkan..tapi aku pon tak pasti apa yang aku fikirkan nie..yang aku tahu..aku memang ada masalah..sampai naik gila dibuatnya..



    ish berbalik kepada tujuan aku diatas tu..k..ha..!tadi aku da terbaca yang keputusan permohonan IPTA akn diumumkan cok.lpas 12 tengahari kotyang lepasan spm.so,aku rasa risau la..dengan keputusan tu.bukannya risaukan untuk aku..tapi aku fikirkan untuk orang lain la..kalau SUKACITA..baguslah..tapi kalau DUKACITA?Uwaaaaaaaaaaa..mesti sedih sampai tak terkata..hehehe..aku ni menakutkan orang yang tunggu keputusan lak..bukan camtu la maksud aku..jangan fikir bukan-bukan taw..huhu..

    aku nie bukan apa..cuma excited nak tengok keputusan jiran aku neyh..dia dah dapat tingkatan enam..tapi dia tak nak daftar tingkatan enam nie..dia cakap..kalau masuk tingkatan enam..kena pi macam pi sekolah..pakai baju sekolah..dia malu agaknya kot..napa la jadi camtu..lebih rela dok rumah dari belajar..sungguh aku tak faham..kenapa nak pandang serong kat tingkatan enam nie..sekurang-kurangnya daftar dulu..kalau rasa tak sesuai dan dapat tempat lain..baru wat keputusan..jangan wat keputusan melulu..nanti menyesal sampai kesudah..


    bagi adik-adikku comel yang tengah tunggu keputusan tu..wat la keputusan yang terbaik sangat-sangat..kalau korang rasa korang cepat belajar..masuk tingkatan enam pon tak pa..sebab dia blajar tak silap aku cuma setahun..tolak cuti lagi..walaupon da enam atas dan enam bawah..kira dua tahun..tapi dia tetap tak sempat bagi aku..aku ni pon tak la bijak sangat pon...pointer pon cukup-cukup bagi aku makan sorang ja..dulu aku pernah gak aku amek tingkatan enam..itu pon sebab aku tak tahu mana yang terbaik..masih tertunggang terbalik lagi..lepas aku dapat tempat lain..baru aku behenti tingkatan enam..dan bila dah sem 5 dah..baru aku tahu mana yang lebih sesuai dengan aku..tapi apa boleh buat..nasi dah jadi bubur..mungkin cemey ja yang nak makan..dah la aku tak suka apa yang aku amek..tapi dah terambil..kena bagi habis jugak la..

    akhir sekali..akak tak nak adik-adik buat keputusan yang melulu..ikut kehendak hati adik-adik.ok..satu lagi jangan amek benda-benda yang adik sendiri tak suka..itu akan menyusahkan lagi diri sendiri..macam akak nie.buat keputusan melulu la yang jadi macam nie...huhu..tak pala na..mata pon dah nak terpejam..tangan pon dah berat nak menulis..sampai sini ja untuk malam nie..nanti sambung lagi..



    ~tadaaaa~

    ~selamat malam/pagi semua~

    02 May 2011

    waaaaaaaH..!cantek, menarik, tertarik kau memang da BooM..

    waaaaaah banner baru.boleh guna banner baru.yeye!.nak buang banner yang lama..bukan senang orang nak bagi banner nie..hehehe..suka-suka..cantik..lawa..jangan jelez ek..ni ni banner yang lama aku.



    so,  sekarang aku dah nak tukar banner yang baru dan cantik ni pulak..korang nak tengok tak?ha meh sini baru aku bagi tengok...haha...banner yang dibuat sendiri oleh miSs HanYm 

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *



    ha cantik tak?cantek kan??hehe..jangan jeles..korang suka?pi la pujuk miss hanym neyh..kalau boleh..haha..tapi pa pe pon terima kasih taw miSs HanYm sebab dah buat banner yang cantik, menarik, tertarik nie eh..

    terima la serangkap kata-kata dari aku...hehe

    terima kasih daun keladi,
    harap-harap ada lagi,
    kalau masih di ingati,
    harap-harap sudi datang lagi..

    hehehe...apa la aku ni...nak pantun-pantun...tapi maen rembat ja..hahah

    opss..oleh kerana tidak boleh dibuat header..aku nak jugak letak banner ni dekat bilik sebelah aku nie..al maklumlahkan..blog pon jadi macam rumah aku..hehehe..tapi aku nak ja bowh kat header..hihi..tapi tak mengapa la...orang memberi kita menerima..suka sangat..