29 July 2012

kembali menyegarkan

assalamualaikum...

kali ni pasti ku akan menyegarkan kembali blog ku yang telah usang ini..lama dah tak update blog ku ini..selalunya tengok entry orang je...nak post sendiiri rasa macam malas pulak...dulu time study..mesti gatal je tangan nie nak men internet, berchatting, berfacebook, kira-kira banyak ber lah..tapi bila dah habis study rasa boring pulak hari-hari buat benda yang sama..nak kerja macam tak bersedia lagi...teringin sangat nak study dulu..sebab takkan bila dah tua-tua baru nak study kan..

tentang kerja,..
nanti-nanti ku fikirkan balik...sebab.....aku nak cuti dulu..nak rehat puas-puas....lagipun sekarang kan bulan ramadhan....

bulan ramadhan,..
terlupa lak aku nak ucapkan selamat berpuasa..jangan tinggal-tinggal puasa yer..sekarang ni budak-budak dah tak ambil kisah dah tentang berpuasa..berpuasa macam benda mudah je..time ku dulu malu-malu je bila tak puasa..boleh kira berapa hari yang tak puasa...risau sangat..berlumba-lumba nak puasa,...malu dengan kawan-kawan...makan pun sembunyi-sembunyi...sekarang dah berubah...budak-budak sekarang dah boleh kira hari yang puasa...bermakna hari yang puasa tu sedikit dari yang yang tak puasa...hmmm..macam-macam lah..kadang-kadang  faktor kawan-kawan pun ada jugak..nampak kawan tak puasa je ..mesti terikut-ikut jugak..hm...xtau la..




26 April 2012

Bergelar Pelajar

..ASSALAMUALAIKUM..


salam...semua...sihat je kan..hm...bermulanya hari ini aku harap kehidupan ku lebih bermakna dan lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan..matang dalam segala hal dan tahu membuat keputusan yang terbaik..orang lain boleh berubah menjadi lebih baik..kenapa aku tidak..aku semestinya boleh..lepas ni banyak lagi dugaan dan cabaran yang ku akan harungi..sekarang ni aku akan hampir-hampir nak mendapatkan segulung diploma dalam tanganku.aku harap segala yang aku usaha selama ni akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. 3 tahun aku menunggu dengan penuh kesabaran..letih dengan tugasan, kuiz, labsheet, dan kerja-kerja berkumpulan.segala hal yang tidak kuduga dah berlaku..masalah dengan hakikat yang aku sememangnya tidak suka dengan jurusan yang aku ambil..masalah dengan persekitaran dan tak lupa juga masalah dengan rakan-rakan..dengan bermulanya salah faham macam-macam boleh terjadi...mungkin umur tidak mematangkan kita..lepas ni semua akan membuat haluan masing-masing kan..mesti susah kan nak berjumpa..jauh-jauh pulak tu..ada yang sambung belajar, bekerja dan mungkin yang akan berkahwin..macam-macam boleh terjadi..tapi yang penting tu bila kawin jangan la lupa nak jemput yer..

ok la..kat sini ja dulu ok...nanti sambung lagi..

13 December 2011

sering ditipu bulat-bulat tapi bukan bersegi yer

~assalammualaikum~

apa khabar kepada pembaca semua..harap semua tu sihat-sihat je la eh..harini ak ada beberapa perkara yang tak dapat aku elakkan berkenaan dengan tajuk post/video..aku tak lah sesempurna untuk menulis post yang menarik perhatian..kadang-kadang penulisan aku pon ada jugak yang seperti mana dibawah ini..penulisan aku pon banyak jugak yang kadang-kadang ayat tunggang terbalik..ayat tergantung..tapi aku cuba buat yang terbaik.



memandangkan ak nie sering ja ditipu...aku sebagai seorang pembaca teringin nak mengeluarkan ketidakpuasan hati ak nie..aku bukannya nak membuat kesimpulan dari penulisan orang lain tapi aku geram sebab isinya tak sehangat tajuk post..memang la untuk menarik perhatian pembaca tapi fikir-fikirkan la perasaan orang lain..tak semua pembaca boleh terima setiap apa yang dibaca..kadang-kadang tajuk nampak menarik..tapi bila baca sampai ending dah cakap "ak saja nak tipu korang".."maaf yer"..hmm mungkin mereka menganggap itu untuk membuat gurauan sahaja..tapi ingat yer tak semua pembaca boleh terima..

satu lagi berkenaan dengan video/gambar..mintak pembaca perhatikan betul-betul video/gambar..suruh kuatkan volume speaker lepas tu pembaca pon lihat la betul-betul..lepas tu tiba-tiba ja hantu yang gila tu keluar...wah-wah seronok yer korang pekena orang lain.



semua ni aku tak tujukan kepada sesiapa...sebagai pembaca aku nak jugak penulisan yang baik untuk difahami dan dihayati..cuba korang bayangkan blogger masuk blog korang untuk membaca setiap post korang..tiba-tiba isi post korang pulak dah menyakitkan hati orang lain.lepastu blogger nak baca post yang lain pon dah rasa tak nak sebab isinya tak da kesudahan..lepas tu nak mengusik orang pulak tu..dahla aku ni sering melawat blog korang pada waktu malam yang sunyi..dengan tak boleh tidur..tau-tau korang lak menakutkan lagi..sampai kesiangan la tak tidur jawabnya..

hm dah la..aku pon tak tau sangat nak buat ayat panjang-panjang nie..sikit-sikit boleh la..nak buat yang terbaik memang la susah..tapi kalau berusaha mungkin boleh..hehe...ak harap korang xmacam yang aku cakapkan tadi yer..

ak harap lepas ni aku pon dapat buat semua nie..

isi yang sehangat tajuk
kemas dan padat
info-info yang menarik
memberi pengajaran kepada orang lain
memberi teladan yang baik
memberi maklumat
tidak membosankan
dan banyak lagi...



ok..terima kasih sudi membaca

30 November 2011

keseorangan la

~assalammualaikum~

hye semua..baik-baik ja kan..

harini bangun-bangun dah kena tinggal sorang-sorang..semua pergi keje la...akak sume g keje...anak sdare dah kene tinggal dekat umah pengasuh...tinggal  la maksu keseorngan di rumah..xpela..xtw nak ckp pa pe dah....nanti jumpa lagi..hehe

16 November 2011

kedinginan pagi

~assalamualaikum~.....

selamat pagi pembaca semua..hari ni awal-awal aku dah update blog neyh..dh lama rasanya tak update blog..sibuk sikit lah sem nie...dah hmpir banyak bulan kan aku menyibukkan diri..ni aku sempat pun oleh disebabkan TERminum air KOPI yang TERpinjamkan dari kawan aku..susah betul nak tido pagi neyh..tapi xpelah nati aku update lagi selalu yer..nak sambung study..jap g da final test...

tataaaaa...hehe..

28 August 2011

selamat hari raya aidilfitri...

★˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.*★* *★* 。*˛.
˛° * .@*。*./ ♥ \ .˛* .˛。.˛.*.★* *★ 。*
˛. * . *. *.*/♫.♫\*˛.* ˛_Π_____.♥ Selamat Hari Raya ♥ ˛* ˛*
.° *.* . ˛°./• '♫ ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 |門|╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...
Selamat Hari raya ~ memandu dengan selamat pulang ke kampung....maaf zahir & batin kepada kawan-kawanku...aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki na.....kalau aku dah terkasar bahasa n slah n silap tu harap dimaafkan....ikhls dari Cek's Zaitun Othman...











perasaan resah gelisah

~assalamualaikum~

selamat malam semua....setelah lama menghilang ni baru aku kembali kemaskan blog neyh..kesian-kesian..dah bersawang dah nie..tinggal hantu ja nak masuk..hehe..

sekarang nie mesti ramai yang dok kemas-kemas rumah kan..buat kueh raya n mcam-macam la..raya-pun raya jugak..puasa jangan nak tinggal..harini kita dah puasa 28 hari kan.. betul..ka tak eh...hehe..cakap2 tau2 slh lak..hihi..

dalam keseronokkan neyh..aku pulak teringatkan arwah atok ak (Fatimah Hj Yaakob)rindu atok...raya tahun lepas dah la tak beraya sekali..sebab tahun lepas giliran kampung mak aku..so bila dah kat perlis..atok pulak tak da....sedih...nak makan ketupat atok wat..atok ja pandai wat....gulai ayam...hmmm...meyelerakan la..

hmm...sekarang ni cik nin(pak  cik) aku tengah sakit tenat kat hospital..dia ni ayah kepada sepupu aku....risau la kalau terjadi apa-apa kat ayah dia..harap-harap tak da apa-apa la..ayah dia kemalangan semalam.kereta dengan kereta..sekarang tak sedar-sedar lagi..sama-sama doakan cik nin aku neyh sembuh eh..kepada family dia..harap bersabar eh...