12 February 2014

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR)

Bacelor Sains Taman dan Rekreasi (BSTR)

Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi dan eko-pelancongan bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori, dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan, dan teknologi terkini. Program ini bukan sahaja akan melahirkan graduan yang menepati keperluan masa kini dan masa hadapan. Sejajar dengan trend global, iaitu "green tourism" yang memberi fokus kepada rekreasi dan pelancongan berimpak rendah dan mampan. Graduan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan yang memanfaatkansains dan teknologi semasa serta asas penyelidikan, mampu menangani isu yang relevan serta menghasilkan idea dan teknologi baru yang mesra alam. Tempoh pengajian program Bacelor Sains Taman dan Rekreasi ialah empat tahun (8 semester). Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :

a) Terlatih dan profesional yang berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi,
b) Dapat mengurus penggunaan teknologi terkini dalam pelbagai industri taman dan rekreasi serta pelancongan eko di sektor awam dan swasta,
c) Beretika, prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang dalam usaha menjadikan Malaysia negara terbilang, dan
d) Berupaya menjalankan penyelidikan dalam bidang sains taman dan rekreasi.

Peluang Pekerjaan

Antara bidang-bidang perkhidmatan yang memerlukan graduan Bacelor Sains Taman
dan Rekreasi (BSTR) dalam sektor awam dan swasta adalah seperti berikut :

Sektor Awam

Di dalam sektor awam terdapat beberapa kementerian dan Jabatan yang dapat menawarkan pekerjaan ialah Kementerian Perladangan
dan Komoditi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala jabatan dan institusi yang dapat menawarkan pekerjaan kepada graduan BSTR ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sabah, Jabatan Perhutanan  Sarawak, Jabatan Perlindungan hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Majlis Perbandaran, universiti dan lain-lain. Antara jawatan yang boleh disandang adalah seperti berikut :

* Pengurus Taman dan Rekreasi
* Pengurus Hutan Lipur
* Pegawai Hidupan Liar
* Pengurus Zoo
* Penguasa Taman Negara
* Pemelihara Hutan
* Pegawai Penyelidik
* Pegawai Sains
* Pegawai Perhubungan Awam
* Pegawai Tadbir / Pegawai Tadbir dan Diplomatik
* Pegawai Penerangan
* Pengawai Penguatkuasa
* Pengajar Politeknik, INSTITUSI kemahiran dan Kolej Komuniti, Pusat Latihan
* Pegawai Tentera dan Polis
* Guru dan Pensyarah Bidang Perkayuan atau Perhutanan

 Sektor Swasta

Graduan BSTR boleh bekerja dengan syarikat perkayuan yang terlibat dalam pelbagai industri berasaskan kayu seperti pengilangan papan, kilang papan lapis, kilang perabot, pembuatan papan panel kayu, papan serpai, pulpa dan kertas dan lain-lain lagi. Di samping itu peluang untuk menceburkan diri sebagai usahawan dalam industri perkayuan oleh graduan BSTR adalah luas. Antara jawatan yang sesuai di sektor industri berasaskan kayu dan berkaitan adalah seperti berikut :

* Pengurus Resort
* Jurulatih Rekreasi dan Kepimpinan
* Pengurus Taman Tema
* Pengurus Pelancongan dan Rekreasi
* Usahawan
* Pengurus Sumber Manusia
* Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
* Pengurus Pemasaran
* Pengurus Promosi
* Pengurus Projek
* Pegawai Seranta
* Perunding
* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

No comments :