20 May 2011

aku minta maaf cemey

~assalamualaikum~

dua tiga harini aku merasa amat bersalah terhadap haiwan perliharaan aku nie..aku sedih tapi ak tak tau nak wat camna..lagipon nasi dah jadi bubur..niko yang jatuh tak dapat aku kembalikan kepada engkau ibunya iaitu cemey..cemey sesungguhnya aku amat bersalah...aku nak memohon maaf sebanyak mana yang engkau mahukan..aku akan berikan apa yang engkau mahukan dari aku..seglanya akan ku berikan asalkan engkau dapat memaafkan segala rasa bersalah ini..ni lah perjalanan ke asrama yang tak dapat aku lupakan..

aku tahu niko mungkin takkan kembali kepada ibunya sekarang..tapi aku yakin..bila niko dah besar nanti, mesti niko akan mencari ibunya..aku memang bersalah.cemey aku pon tak tahu macam mana niko boleh berada di bawah kereta abahmu dan abahku..aku abah ngan mak memang ingat niko dah pon lari bila enjin kereta dihidupkan..lagipon abah dah brrooooooom..brroooooom..tapi niko tak keluar jugak...bila kami dah kluar dari tempat letak kereta..cemey memang pusing-pusing mencari anaknya..semey seolah-olah runsing mencari anaknya yang seekor nie..hati aku memang tergerak yang niko memang di bawah kereta abahku ini..sebenarnya aku dah terlupa bahawa fakta mengatakan ini..

anak kucing yang baru dilahirkan adalah di dalam keadaan pekak dan buta..namun kasih sayang melalui belaian dan jilatan yang diberikan ibunya, anak kucing tersebut akan mula dapat melihat dan mendengar..



bila kami sudah mahu meneruskan perjalanan...aku tidak leka untuk melihat dibelakang kereta abahku yang dipandu laju ini..sedikit pun tidak terlepas pandang..mataku tepat menuju kejalan..sampai di simpang tiga dijalan rumah ku..abah pon belok ke kanan..tiba-tiba aku melihat bayi kucing iaitu niko jatuh di tengah jalan niko seolah-olah macam kanak-kanak yang tidah tahu mana-mana..dia cuma tahu melihat kiri dan kananya sahaja..tapi dia tidak dapat bertindak apa2..sebab dia hanya kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa..aku tidak dapat memberhentikan kenderaan dengan tiba-tiba disebabkan terdapat beberapa kenderaan yang laju-laju di belakang kami..aku juga sempat melihat ada beberapa kenderaan yang dapat mengelak dari terlanggar niko..hati aku sebak dan tak dapat nak menahan perasaan yang berkecamuk ini..aku terus menangis..seolah-olah aku kehilangan sesuatu yang aku amat sayang..

emak dan abah terus melihat keadaan ku..abah sempat berkata..ajal dan maut di tangan tuhan..kalau Allah nak ambik nyawanya..kita tak boleh buat apa-apa..kita hanya perlu berserah keatas ketentuannya...abah juga berkata mungkin niko memang berada di enjin kereta abaku ini..bila dia disitu..dia tidak akan terjatuh..tapi bila membelok memang akan terjatuh..setibanya di sebuah kedai untuk membeli barang, muka aku memang dipenuhi air mata yang mengalir..aku tidak malu masuk ke kedai dalam keadaan seperti itu..emak hanya mampu melihat...dalam fikiranku aku mahu sahaja lari ketempat kejadian itu untuk mengambil niko..aku juga ada terdetik untuk menelefon cemey untuk memaklumkan tentang niko..tapi aku sempat berfikir..boleh ker dia nak jawab panggilan telefon aku nie..emak aku hanya tersenyum melihat keadaan aku..

setelah selesai membeli barang..aku menaiki kederaan kembali dan teruskan perjalanan yang dekat ini..setibanya di asrama...aku bersalam dekat emak dan abah aku..aku sempat meninggalkan pesanan iaitu tolonglah balik melalui jalan yang kita lalu tadi..tengok niko...cari niko..kalau dia ada..ambik bawak balik..walaupon dalam kedaan nyawanya telah diambil..aku akan menelefon emak aku dalam masa 30 minit..selepas 30 minit..emak aku memaklumkan bahawa ada budak yang ambil niko ditengah jalan itu..ak merasakan amat gembira sebab niko diambil oleh seorang budak dalam keadaan selamat..alhamdullillah di benak hatiku..niko pon tak jadi ada apa-apa..senanglah hatiku..cuma aku ja tak dapat nak jumpa niko lagi..
emak...abah...niko..cemey...aku mintak maaf..kalau aku tak balik asrama..mungkin benda ni takkan terjadi kan..aku mintak maaf sangat-sangat..

No comments :