03 April 2011

cAra peNJagaAn ShawL


~assalamualaikum~

hai..hello..dan selamat petang ahad..pada petang yang panas ni aku nak share ngan korang tentang cara penjagaan shawl..shawl atau tudung merupakan asset terpenting dalam aktiviti seharian bagi yang bertudung..
shawl juga dapat menutup aurat seseorang perempuan itu..
kan lebih manis bila seseorang itu mengayakan dirinya dengan memakai tudung..
selain dapat menjaga maruah seseorang perempuan, dapat la jugak kita
menggayakan diri kita yang bertudung nie.
so..dengan entry ni kita taw la nk jaga shawl tu macam mana sebenarnya yea..

tapi sebelum tu kita mestilah tahu tips2 membeli shawl tu..

semasa membeli tu lebih baik korang membeli tudung beraksesori yang ringkas coraknya. sebab corak yang sarat ditambah dengan aksesori akan mencacatkan lagi kecantikkan semula jadi pada shawl itu..

selain tu, korang perlu berhati-hati jika aksesori yang ada pada shawl
itu merupakan aksesori yang tidak tahan lasak, mudah tertanggal dan luntur warnanya..

oleh itu, lebih baik pilih shawl yang korang yakin tidak akan menyukarkan korang dikemudian hari..


ok ni adalah tips-tips penjagaannya..

  • semasa membasuh


  • shawl atau tudung adalah antara fabrik yang disrankan agar tidak dibasuh dengan mesin.
    tapi lebih baik dibasuh dengan tangan.jika tudung korang beraksesori, cara membasuhnya adalah dengan menggunakan
    sabun kain yang khas untuk fabrik lembut. sabun khas ini juga sangat sesuai dengan struktur tdung yang lembut.

    --bagi tudung beraksesori pada bahagian hujung,
    lebih baik korang tidak merendam atau membasuh aksesori tersebut bagi mengelak dari aksesori rosak, tertanggal, atau berkarat

    --bagi aksesori di bahagian awning atau kepala
    jangan gosok pada bahagian itu kerana batu yang terlekat pada tudung akan mudah tertaggal.
    untuk menghilangkan kesan solekan pada bahagian dalam tudung, perlu terbalikkan tudung tersebut dan bersihakan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu lasak
    dengan menggunakan sabun badan sahaja

    --bagi bahagian luar tudung
    celup tudung dalam air sabun beberapa kali dan bilas sehingga bersih

  • semasa menjemur


  • korang tidak perlulah memerah atau mengibas tudung tersebut.jemur di ampaian dalam keadaan basah dan sepit tudung agar tidak terbang apabila sudah kering.
    untuk langkah keselamatan, jangan jemur tudung di bawah sinaran matahari yang terik..
    sinaran matahari yang terik akan merosakkan struktur kain dan warna pada tudung tersebut

  • semasa menyimpan


  • tudung perlu disimpan di tempat khas dan tidak dicampur dengan pakaian lain.dan pastikan aksesori yang ada pada tudung korang tidak dilipat dan diletakkan pada bahagian bawah.
    biarkan aksesori pada tudung kelihatan di atas.

  • semasa menggosok


  • menyediakan lapik pada meja gosok dengan kain yang tebal dan lembut. gosok pada bahagian yang tiada aksesori terlebih dahulu.
    gosok dengan kadar suhu perlahan kerana kain tudung adalah antara kain yang mudah rosak akibat suhu panas yang tinggi.



    No comments :